Amalan tidur selepas waktu Subuh sehingga matahari terbit adalah tidak digalakkan. Berikut 8 tips elak tidur selepas subuh:
1) Jauhi tempat tidur anda.
2) Membaca Al-Quran.
3) Mulakan kerja anda awal waktu.
4) Lakukan aktiviti kegemaran anda.
5) Membaca, tapi elakkan sambil baring.
6) Membantu sediakan sarapan.
7) Mandi awal sebelum subuh.
8) Bersenam.
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu? ' Orang itu menjawab; 'Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.' (HR Muslim No: 4656) Status Hadis Sahih
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya."
Surah Al-Anfal ayat 25 ini berisi tentang peringatan untuk menjauhi sikap enggan berjihad di jalan Allah, perpecahan, dan rasa malas melaksanakan kewajiban amar makruf nahi mungkar. Allah menyerukan kepada orang-orang beriman agar memelihara diri mereka dari siksaan, yang tidak hanya khusus menimpa orang-orang zalim itu saja di antara orang-orang beriman. Karena akibat buruk dosa itu akan menimpa semua orang, tidak khusus hanya orang yang berbuat kejahatan saja.