Bermula Anbiya' itu tiga lughah jua:
Pertama: Bahasa Arab.
Dan kedua: Bahasa Suryani.
Dan ketiga: Bahasa 'Ibrani.
Dan bahasa 'Ibrani itu bahasa segala Anbiya' daripada anak Ya'qub dan bahasa Suryani itu bahasa lima orang Nabi jua iaitu Idris dan Nuh dan Ibrahim dan Luth dan Yunus. Dan bahasa Arab itu iaitu bahasa dua belas orang Nabi iaitu Adam dan Syu'aib dan Hud dan Soleh dan Isma'il dan Syits dan Khidhir dan tiga orang disebut di dalam surah Yasin iaitu Syam'aun dan Syamuel dan Hazqil dan Khalid Ibnu Sinan dan Muhammad Shallallahu 'alaihiwasallam.
- "Aqidatun Najin Fi Ilmi Usuliddin"
Oleh Tuan Minal
Yang Ramai Tak Tahu atau Ambil Mudah
Oleh Dr. Kamilin Jamilin
1. Datang awal masjid, tapi tidak mengejar saf pertama.
2. Tunggu sampai habis iqamat, baru nak bangun masuk saf.
3. Tidak cuba merapatkan saf apabila renggang.
4. Solat dengan pakaian yang ketat atau jarang sehingga menampakkan bahagian aurat.
5. Tidak peduli dengan kebersihan pakaian.
6. Membiarkan telefon bimbit berdering.
7. Mata mengelewar ketika solat.
8. Sendawa kuat-kuat.
9. Meletup-letupkan jari.
10. Menahan diri daripada membuang air sehingga mengganggu kosenterasi.
11. Takbiratul ihram berkali-kali kerana was-was (enjin susah start).
12. Tidak membaca al-Fatihah ketika menjadi makmum.
13. Tidak meluruskan kaki (lutut) ketika rukuk bagi yang mampu.
14. I’tidal yang terlalu ringkas.
15. Sujud dengan melekapkan keseluruhan lengan ke lantai.
16. Mendahului imam atau melengah-lengah daripada mengikuti perbuatan imam.
17. Tergesa-gesa mempercepatkan solat.
18. Berlari meluru masuk saf ketika melihat imam rukuk kerana datang lewat.
19. Tidak merebut peluang berdoa selepas bacaan tahiyyat akhir sebelum salam (rugi).
20. Meninggalkan solat sunat di rumah.
Anda tentu biasa mendapat undangan ke majlis keraian yang dibuat oleh jiran-jiran atau rakan kalian. Jangan menolak undangan tersebut, kecuali jika ada perkara lain yang memang tidak boleh dielak. Sampai di majlis, jaga-jagalah adab-adabnya:
1. Memberi Salam
Ucapkan salam sebelum masuk ke dalam majlis. Bersalaman dengan tetamu (sekadar perlu).
2. Minta Kebenaran
Sekiranya majlis yang dilangsungkan secara duduk di atas lantai seperti majlis tahlil atau seumpamanya, minta laluan jika hendak melewati orang yang sedang duduk.
3. Elakkan Bergurau
Jika bergurau pastikan gurauan tidak berlebihan. Bergurau bukan mengenai perkara yang sia-sia atau boleh menyebabkan berdosa.
4. Hormati Majlis
Berilah perhatian sekiranya majlis yang ada ucapan pengerusi atau seumpamanya. Jangan mencelah dengan perkataan atau perbuatan yang boleh mengganggu ucapan.
5. Jaga Pandangan
Jangan melepaskan pandangan ke merata tempat. Perbuatan begitu tidak elok. Kita mungkin akan terpandang perkara yang tidak sepatutnya kita lihat.
6. Hormati Wanita
Jika terdapat wanita yang hendak melintas atau melalui kawasan lelaki, berikan kemudahan dan laluan. Pelihara majlis daripada akhlak yang tidak sopan.
7. Memuji Allah SWT
Sekiranya kita yang menjadi pengerusi majlis, mulakan majlis dengan memuji Allah SWT terlebih dahulu. Kemudian berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Tutuplah majlis dengan bacaan doa.
OLEH: KAK MARDHIYYAH
BIL. 130 MEI 2008 Asuh